Siapa suka makan mi
rebus???Mi rebus ni ade macam2 cara buat, macam2 rasa, macam2 bentuk dan macam2
lagilah..
Tapi, ibu punyer mi
rebus, mi rebus Terengganu..Ibu pun asal dari sana..Memang minat sesangat makan
mi rebus ni....sedap...Anak2 pun suka makan..Kalo masak sebungkus mi kuning tu,
mesti takkan cukup punyer..kuah dia manis2 ikan..Yelah, kita buat ikan gentel tu
sendiri. Resipi ni amat mudah & senang...
Mari kiter pakat2
buat mi rebus..
Bahan-Bahan
:
2 Bungkus Mi Kuning
Minyak (untuk
menumis)
Garam (secukup rasa)
1 Batang Lobak Merah
4 Pokok Sawi
2 Biji Tomato
Sedikit Bunga Kobis
Sedikit Kobis Bulat
1 Paket Jagung Muda
Air (sukat ikut kuah
yang kita nak)
10 Biji Fish Ball/Fish
Kek
3 Ekor Ikan Selayang
(untuk dibuat ikan gentel)
250gm Ayam + Tulang
2 Biji Telur
Bahan
Dikisar / Ditumbuk:
1 1/2 Biji Bawang
Besar
3 Biji Bawang Putih
2cm Halia
Cara-Cara
Membuatnya :
1.
Panaskan minyak.
Tumiskan semua bahan yang dikisar. Kacau hingga kekuningan
2.
Selepas itu, masukkan
ayam dan kacau sebati dengan tumisan
3.
Kemudian, masukkan
air dan masak hingga menggelegak.
Sedudah itu, masukkan ikan yang telah
digentel, fish ball/fish kek.
4.
Reneh sekejap,
kemudian masukkan lobak, bunga kobis,
kobis bulat, jagung muda & sawi.
5.
Kacau sebati,
masukkan garam secukup rasa
6.
Pecahkan telur dan
masukkan tomato sebelum api ditutup.
7.
Masukkan cili padi
jika suka rasa pedas
**Ibu
memang tak campur cili padi terus....bukan ape, memang peminat cili..tapi,
untuk hidangan keluarga, kenelah picit cili dalam mangkuk sendiri...
Janji
kite enjoy!!!!
No comments:
Post a Comment