Hari nie ibu nak
kongsi dengan semua tentang sejenis ikan yang manis jugak isinya.Sedap dan
lembut isinya bila dimasak. Terutamanya masak asam. Ikan Duri....Mungkin ada yang
tak tahu samada ikan ini ikan laut atau ikan darat. Ibu update sikit yer..Kalo
ikut Wikipedia, Ikan Duri merupakan spesis ikan air tawar.
Ikan Duri yang ibu
guna ni adalah ikan duri yang bila besar jadi ikan mayong..Macam tulah rasanya...Ibu
ada tag gambar ikan duri kat entri..Bolehlah tengok2...
Jom kita melawat ke resipi
IKAN DURI
Bahan-Bahan
:
3 Ekor Ikan Duri
Garam (Secukup rasa)
3 Sudu Besar Asam Jawa (Air asam Sukat
ikut kuah yang kita nak)
1 Sudu Kecil Halba
1 Ikat Daun Kesom
Minyak (untuk menumis)
1cm Halia (Dimayang)
½ Biji Bawang Besar
(Dimayang)
1 Kuntum Bunga Kantan
(Jika ada)
2 Biji Tomato
Bahan
Dikisar / Ditumbuk:
1 1/2 Biji Bawang
Besar
4 Biji Bawang Putih
10-15 Biji Cili
kering (Ikut kepedasan)
3cm Kunyit
2cm Halia
1 Sudu Kecil Jintan
Manis
Cara-Cara
Membuatnya :
1.
Panaskan minyak,
kemudian, masukkan bahan-bahan yang telah siap dimayang,
dan juga halba. Goreng
sehingga kekuningan
2.
Selepas itu, masukkan
pula bahan-bahan yang telah dikisar.
Tumis sehingga naik minyak
3.
Kemudian, masukkan
ikan duri dan kacau sebati dengan tumisan.
Bila dah agak sebati, masukkan air
asam jawa. Biarkan sehingga menggelegak
4.
Masukkan garam, tomato, daun
kesom & bunga kantan
~ Sudah ready untuk lunch~
No comments:
Post a Comment