Friday, 15 January 2016

Nasi Dagang Terengganu AMEER




Ibu kongsikan Penyediaan Nasi Dagang Terengganu Menggunakan Produk AMEER Daripada blog www.periuknoxxa.blogspot.com

Bahan-Bahan :

Bahan Nasi :

Beras Basmathi Pusa 1121 - ada dalam set
Halba - ada dalam set
3 Ulas Bawang Merah – dimayang halus
2-4cm Halia – dimayang halus
200ml Santan Pekat – dicampur & kacau sebati
2 Sudu Teh Garam – dicampur & kacau sebati
4 Sudu Teh Gula – dicampur & kacau sebati
250ml Air

Nasi :
1.      Bersihkan beras dan rendam beras 3-4 jam, kemudian toskan
2.      Panaskan air dalam kukusan sehingga mendidih dan masukkan 
daun pisang yang telah dicarikkan ke dalam bekas kukus, kemudian masukkan bekas kukus 
dan kukus selama 30-40 minit atau lebih
3.      Masukkan beras yang telah dikukus tadi ke dalam besen dan masukkan 300ml air. 
Kemudian gaul rata sehingga air tadi sebati dengan beras nasi tadi / kering
4.      Tutup dan biarkan selama 10-15 minit sebelum dikukus kali ke-2
5.      Masukkan beras nasi tadi ke dalam bekas kukus seperti proses pertama 
dan kukus selama 15-20 minit / sehingga naik wap / hingga nasi lembut dan masak
6.      Masukkan nasi yang telah masak ke dalam besen, masuk halba, bawang & halia mayang dan masukkan santan pekat yang telah dicampur dengan garam dan gula tadi. Kemudian gaulkan nasi dan santan sehingga rata/kering santan sebati dengan nasi dan naik kilatnya
7.      Tutup nasi dagang dengan daun pisang jika ada & sedia untuk dimakan

Acar :
1.      1 batang timun dipotong 3 bahagian dan hiris memanjang
2.      Hiris halus 2 ulas bawang merah dan cili merah
3.      Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk, tambah sedikit garam, gula dan cuka

Bahan Lauk Nasi Dagang Ikan Tongkol :

Rempah Nasi Dagang – ada dalam set
250ml Santan Pekat
750ml Air
6 Ulas Bawang Merah – Dikisar halus
2 Ulas Bawang Putih – Dikisar halus
2cm Halia – Dikisar halus
2cm Lengkuas – Dikisar halus
2cm Kunyit – Dikisar halus
2-3 Sudu Besar Cili Boh
2-3 Sudu Besar Minyak Masak
1 Batang Serai
1 Asam Keping
5-6 Sudu Besar Air Rebusan Ikan Tongkol
Sedikit Belacan – secukup rasa
Garam – secukup rasa
Manisan / Gula Melaka / Gula – secukup rasa

Lauk Nasi Dagang Ikan Tongkol :
1.      Campurkan 250ml santan pekat & 650ml air serta 2-3 sudu minyak masak ke dalam periuk
2.      Panaskan santan sehingga mendidih dan kacau sekali sekala supaya tidak berketul. 
Biar naik minyak
3.      Masukkan rempah, cili boh, bahan kisar (bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas 
& kunyit), sedikit belacan ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati
4.      Masukkan campuran rempah ke dalam santan yang telah naik minyak tadi
5.      Masukkan air rebusan ikan, asam keping dan serai yang dititik. 
Biarkan mendidih sehingga masak
6.      Masukkan ikan tongkol yang telah direbus. Kemudian kecilkan api dan biarkan beberapa minit
7.      Sekiranya kuah agak pekat boleh ditambah air panas mengikut kesesuaian 
yang diperlukan dan supaya ianya tidak terlalu pekat

Cara Merebus Ikan Tongkol :
1.      2-3 ketul ikan tongkol, 250ml air, 1 asam keping, sehiris lengkuas & 
garam secukup rasa kedalam periuk. Tutup periuk & rebus sehingga ikan masak
***Sebaiknya ikan direbus dahulu sebelum penyediaan kuahnya

~~Cuba Dengan Segera~~
**Semestinya Sedap**

Hubungi :
Nazam : 013 - 912 0601
Suria : 013 - 9414159




No comments:

Post a Comment