Friday 8 January 2016

Nasi Arab Mandy AMEER



Bahan-Bahan :

Beras Basmathi Pusa 1121 - ada dalam set

Rempah Mandy - ada dalam set                         
Rempah Tumis - ada dalam set
2 Biji Cili Hijau
2 Biji Bawang Besar - di mayang

10 Ulas Bawang Putih - di mayang
4-5 Sudu Besar Minyak Zaiton/Jagung
1/2g Saffron / Pewarna Kuning
Garam & Serbuk Lada Hitam
750ml Air (Sukatan air:1 Cawan Beras = 1 Cawan Air)
Garam

Perhatian Rempah Mandy :
**1 Sudu Besar untuk nasi mandy & selebihnya untuk ayam panggang & sedikit untuk sup

Nasi :
1.      Rendam beras 20 minit atau lebih kemudian toskan.
2.      Panaskan minyak zaiton/jagung dan tumis rempah hidup (kayu manis, pelaga, cengkih, 
daun bay dan bunga lawang), 1 sudu teh rempah Mandy, 
cili hijau dibelah 2, bawang besar & bawang putih mayang sehingga bawang kekuningan
3.      Masukkan sukatan 750ml air ke dalam tumisan
4.      Masukkan ayam sederhana besar yang dipotong 4 ke dalam air tadi selama 10-15 minit
5.      Keluarkan ayam & toskan
6.      Masukkan air tadi ke dalam rice cooker. Biarkan mendidih
7.      Campurkan beras yang telah ditoskan ke dalam rice cooker
8.      Taburkan 1 ½ sudu kecil garam & serbuk lada hitam (secukup rasa)
9.      Tanak nasi sehingga nasi 100% masak
10.  Masukkan saffron / pewarna kuning yang dicampur air 
ke dalam nasi dan biarkan beberapa minit

Ayam Panggang / Goreng :
1.      Perapkan ayam tadi dengan 1 sudu teh rempah serbuk Mandy, 
5 ulas bawang putih & halia yang dikisar, 2 sudu kecil garam, 2 sudu besar 
tomato puri & 2 sudu besar minyak
2.      Panggang di dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180°celcius. 
Balikkan ayam selepas 15 minit
3.      Jika ayam digoreng, hendaklah dengan minyak yang banyak
  
Sos Harrah :
1.      2 biji tomato, 2 ulas bawang putih (jika suka), 1 sudu kecil perahan lemon/cuka, daun ketumbar/daun pudina, 3-5 biji cili hijau/cili merah, cili padi dan sedikit garam & gula
2.      Kisar semua bahan tanpa air

Salad Arab
1.      2 biji tomato dan 1 batang timun dipotong dadu
2.      Hiriskan halus 1 biji bawang besar dan daun ketumbar
3.      Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk. Tambah gula, 
sedikit garam dan cuka/perahan lemon/limau nipis
Sup
1.      1 batang lobak merah dipotong dadu
2.      1-2 biji kentang dipotong dadu
3.      Masukkan rempah sup bunjut & halia/rempah Mandy 
& bawang putih serta isi ayam ke dalam air & didihkan
4.      Masukkan semua bahan ke dalam periuk & tambah sedikit garam
5.      Taburkan bawang goreng & daun sup semasa menghidang


** Perhatian :
SESUAI JUGA UNTUK KAMBING
PROSESNYA SEBAGAIMANA MENGGUNAKAN AYAM


~~Cepat Dapatkan Set Ajaib Ini~~
Hubungi kami
Nazam : 013-912 0601
Suria : 013-9414159





No comments:

Post a Comment