Friday 25 December 2015

Sedapnyer Bihoon KuanTown

Selamat malam semua. Dah beberapa hari tak update Blog ni. Maklumlah, bz katakan..hi..hi..
Dari semalam anak dara sorang nie request nak makan mi putih...’Bila ibu nak masak mi putih’??
Akhinya, pagi tadi dapat tunaikan permintaan dia sediakan sarap mi putih...
Memang peveret 2 orang anak ibu nie..
Jom kita melawat ke Resipi Bihoon KuanTown....


Bahan-Bahan :

1/2 Bungkus Bihun
2cm Halia (Diketuk)
Garam (Secukup rasa)
Minyak (Untuk menumis)
2 Sudu Besar Sos Tiram
200gm Ayam (isi + tulang yer..)
300gm Udang
10 Biji Fish Ball
2 Biji Telur (Dipukul sedikit)
Sedikit Lobak
Sedikit Taugeh

Bahan Dikisar :

1 Biji Bawang Besar
3 Biji Bawang Putih
Sedikit Lada Hitam

Cara-Cara Membuatnya :

1.      Panaskan minyak, gorengkan udang separuh masak kemudian toskan. Kemudian diikuti dengan ayam dan fish ball.
2.      Tumiskan bahan yang telah siap dikisar bersama dengan halia yang diketuk. Tumis sehingga kekuningan dan masukkan sos tiram.
3.      Masukkan air dan biarkan tumisan tadi mendidih. Selepas itu, masukkan garam dan lobak. kacau sebati dan sehingga lobak agak lembut. Masukkan bihun dan kacau rata.
4.      Kemudian, masukkan pula udang, ayam & fish ball yang separuh goreng tadi. Kacau biar sebati bersama.
5.      Pecahkan telur dan kacau bersama bihun tadi. Sebelum diangkat,masukkan taugeh sekejap dan tutup api.
6.      Sedia untuk dihidang makan sarap atau bila2 aje...

- Selamat Mencuba -

No comments:

Post a Comment